Tweet
Blog Cikgu Yushaniza-Bahasa Melayu
Selamat datang ke blog saya :) kepada guru-guru dan murid-murid , terima kasih kerana sudi melawat ke blog ini , moga dapat menambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan ya . Selamat membaca..
Soalan
Hampir setiap minggu media massa memaparkan kes
pembuangan bayi. Kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan
dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Telah banyak
usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menbasmi gejala ini. Namun usaha ini
tidak menampakkan hasil,malah gejala ini semakin menjadi-jadi sehingga tidak
dapat dibendung lagi. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk
membendung gejala buruk ini.
Jawapan
Sedasawarsa ini,isu pembuangan bayi semakin
hangat diperdebatkan di negara kita. Hal ini dapat dilihat menerusi pemaparan
oleh media massa hampir setiap saat dan ketika,laporan kes pembuangan bayi
terus kepada rakyat. Akibatnya,gejala yang tidak bermoral seperti ini
seolah-olah mencerminkan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang selama ini
bertopengkan syaitan. Segelintir belia,khasnya yang merupakan pelaku utama
jenayah ini,jelas memperlihatkan identiti diri mereka yang sememangnya kian
rapuh dirajai nafsu. Kita sering dihidangkan dengan berita kematian bayi yang
amat menyayat hati,malah terdapat segelintir yang sanggup mengepam janinnya ke
dalam tangki hanya untuk melupuskan bukti kelahiran,tanpa rasa bersalah
sedikitpun. Penelitian punca-punca yang menunjangi kebejatan masalah ini serta
langkah-langkah yang boleh diambil akan mewarnai fokus perbincangan kita.
Kita tidak dapat menyangkal bahawa pengaruh media
massa merupakan faktor perdana kepada permasalahan ini. Dalam era ledakan
teknologi maklumat ini,sebarang maklumat pornografi boleh dimuat turun dengan
mudah menerusi jaringan internet,tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan
video cakera padat di pasaran. Walau bagaimanapun,masih terdapat sesetengah
saluran televisyen yang memaparkan aksi lucah yang tidak ditapis terutamanya
dalam drama bersiri barat. Nilai-nilai seperti ini jelas menolak unsur
ketimuran dan remaja yang sememangnya mempunyai rasa ingin tahu yang menebal
akan terdorong untuk meniru aksi yang telah ditonton oleh mereka bersama
pasangan berlainan jantina. Kesannya pula akan dirasai oleh si gadis kerana
keterlanjuran itulah yang mengundang kepada segala permasalahan. Remaja yang
tidak berfikir panjang pula akan cuba menghapuskan kelahiran luar nikah itu
dengan sebarang cara sekalipun membunuh. Maka,pengaruh media massa adalah
sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi dalam menunjangi permasalahan ini.
Seterusnya,keluarga yang bermasalah juga turut
menyumbang kepada permasalahan sosial ini. Hal ini telah dibuktikan menerusi
satu kajian yang mengatakan bahawa rata-rata remaja yang terlibat dalam
penyakit sosial ini adalah mangsa keruntuhan institusi keluarga. Sikap ibu bapa
yang terlalu obses mengejar materialistik bagi menampung kos sara hidup yang
semakin tinggi telah menjadikan mereka lalai dalam menjalankan tanggungjawab terhadap
anak-anak. Remaja yang dahagakan kasih sayang pastinya akan mencari jalan mudah
dengan mencari hiburan yang mampu meleraikan kegersangan mereka,dan ini akan
memandu mereka ke kancah maksiat. Setelah terjebak ke kancah sosial yang tiada
penamatnya itu,pastinya kes mengandung anak luar nikah akan terjadi. Jalan
singkat yang difikirkan,pastinya pengguguran mahupun membuang sahaja bayi
tersebut kerana gusar akan dicemuh oleh masyarakat.
Selain itu,sudah terang lagi bersuluh,pastinya
kurang penghayatan terhadap nilai agama dan tiada pengetahuan tentang
batas-batas pergaulan merupakan pemacu kepada polemik ini. Asas didikan agama
yang mapan dan cukup adalah elemen yang terpenting ke arah memacu kehidupan
seseorang manusia. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama pula mampu menjadi
benteng kepada individu itu bertindak atas norma kehidupan manusia kerana
individu tersebut sedar akan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan seperti
penzinaan yang pastinya akan mengundang kehamilan luar nikah. Maka,ketiadaan penghayatan
terhadap nilai agama mampu mewujudkan polemik sosial ini.
Bagi membendung masalah ini dari terus menjadi
barah dalam kalangan remaja kita,amnya,langkah yang spesifik,drastik dan
holistik perlu diimplementasikan sewajarnya agar pemasalahan ini dapat diatasi.
Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah peranan ibu bapa remaja itu
sendiri ke arah menyediakan didikan yang cukup terhadap anak-anaknya. Didikan
haruslah diterapkan sejak kecil lagi sesuai dengan peribahasa ‘melentur buluh
biarlah daripada rebungnya’. Pendidikan yang diberikan haruslah seimbang dari
aspek rohani dan jasmani supaya setelah dewasa kelak mereka mampu menghadapi
segala anasir-anasir luar. Perhatian yang sepenuhnya juga harus diberikan agar
anak-anak tidak terasa terabai dan dihargai. Pemerhatian juga perlu dilakukan
sentiasa terhadap aktiviti kanak-kanak supaya terkecuali dari melakukan
sebarang gejala negatif seperti seks bebas,seterusnya pembuangan bayi.
Akhir sekali,pihak kerajaan dan badan bukan
kerajaan juga perlu bekerjasama untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Baru-baru ini,cadangan penubuhan ‘Tabung DNA’ merupakan satu langkah yang perlu
disokong oleh seluruh rakyat kerana menerusi pelaksanaan ini,ibu bapa yang
terlibat dalam kes pembuangan bayi akan lebih mudah untuk dikesan kerana setiap
bayi yang dilahirkan akan diambil sampel DNAnya untuk simpanan pihak hospital.
Selain itu,pihak Kementerian Pelajaran dengan kerjasama badan-badan bukan
kerajaan perlulah menggiatkan lagi program-program kesedaran yang sedia ada
bermula dari sekolah rendah lagi agar kesedaran timbul lebih awal dalam diri
pelajar. Hai ini dikatakan mampu menjadi perisai kepada mereka kerana telah
mempunyai maklumat tentang perkara yang sepatutunya dilakukan. Jika
perlu,pengenalan subjek pendidikan seks juga boleh diambil kira.
Kesimpulannya,isu pembuangan bayi ini haruslah
diberi perhatian yang sewajarnya oleh setiap pihak supaya gejala ini tidak
terus-menerus menjadi barah yang mampu menjejaskan imej negara satu hari kelak.
Segelintir rakyat kita seolah-olah telah hilang pedoman diri sehingga sanggup
menganiayai nyawa bayi yang tidak berdosa. Segala agenda dan langkah yang telah
dirangka oleh kerajaan haruslah difahami dan dilaksanakan oleh semua pihak agar
gejala pembuangan bayi tidak lagi menjadi nanah yang terus mencengkam kehidupan
masyarakat.
Latihan Pemahaman
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
PENULISAN buku ini secara jelasnya
ditulis dengan objektif besar untuk menjadikan sebagai panduan kepada pelajar
dan golongan akademik untuk menulis karya ilmiah menggunakan format yang
seragam dan profesional.
Mengemukakan contoh serta rujukan yang lengkap kutipan dalam usaha untuk menyelaraskan format penulisan bersifat ilmiah. Biarpun banyak format yang dikemukakan sebelum ini tidak banyak yang telah termaktub khusus untuk format penulisan ilmiah. Penulisan karya yang ditulis dalam 13 bab besar hasil usaha oleh 8 orang tenaga pengajar Universiti Teknologi Malaysia ini harus mendapat pujian. Pecahan bab terdiri daripada, Pengenalan: Penulisan Ilmiah, Pendekatan Penulisan, Rampai Penulisan Ilmiah, Pola Penulisan Ilmiah, Pedoman Tatabahasa Melayu dalam Penulisan, Laras Bahasa Ilmiah, Penomboran dan Susunan, Pemerengganan dalam Penulisan Ilmiah, Kutipan Dalam Penulisan Ilmiah, Ejaan dalam Penulisan, Tanda baca, Bibliografi dalam Penulisan Ilmiah dan Penyuntingan. Jika dilihat dari pecahan bab yang diutarakan hampir semua perkara besar atau mustahak dalam aspek penulisan ilmiah telah ditelusi. Justeru, tentunya ia lebih memudahkan pembaca mengikutinya secara berkesan. Di dalam bab pertama Pengenalan: Penulisan Ilmiah, penulis telah menekankan etika penulisan ilmiah yang dilengkapi dengan rujukan daripada al-Quran dan menyorot beberapa penulisan ilmuan Islam berkaitan etika. Etika penulisan ilmiah ini sebenarnya sangat penting diketahui sepenuhnya dalam memastikan penulisan yang benar-benar bertanggungjawab. Begitu juga dengan aspek penghayatan terhadap etika. Ini memandangkan etika yang telah digariskan perlu difahami dan dihayati atau dalam kata lain secara teori dan praktis. Jika dlihat secara amnya corak penulisan buku ini menggunakan bahasa yang mudah dengan dibantu gambar rajah dan carta yang membolehkan pembaca lebih memahami isi kandungannya. Selain itu, contoh-contoh yang dikemukakan adalah jelas dan mudah difahami. Penulis tidak ketinggalan memasukkan elemen kemahiran menulis serta penyuntingan. Kedua-dua unsur ini sememangnya amat penting dalam menterjemahkan cetusan idea secara lebih matang. Gabungan ini juga menjamin fakta yang diterangkan lebih padat dan dapat difahami. |
1.
|
Wacana
di atas merupakan sebuah
A.
kritikan sastera
B
komentar
C
ulasan buku
D
berita
E
sastera
|
2.
|
Fokus
utama petikan wacana di atas ialah
A
penghayatan terhadap isi buku
B buku
dengan bahasa yang mudah, lengkap dengan gambar rajah
C buku
panduan lengkap penulisan ilmiah
D
mengenai etika penulisan
E
kemahiran penulisan dan penyuntingan
|
3.
|
Pembaca
boleh mengikuti buku ini secara berkesan kerana
A hampir semua perkara besar atau
mustahak dalam aspek penulisan ilmiah telah ditelusi
B ia
mengandungi 13 bab besar dengan 8 penulis
C kerana terdapat aspek penghayatan terhadap
etika
D menggunakan bahasa yang mudah
dengan dibantu gambar rajah dan carta
|
Latihan Tatabahasa
1
|
Perkataan "mempersendakan'' terdiri daripada
beberapa morfem. Antara berikut pecahan manakah yang betul?
A {mempersenda} + {kan}
B {mem-}+{persenda} + {-kan}
C {memper-} + {senda} + {-kan}
D {mem-} + {per} + {senda} + {-kan}
E {mem}+{per-}+{sen-}+{da}+{-kan}
|
2.
|
Unit terkecil yang dikaji dalam bidang morfologi
ialah
A fonem
B morfem
C frasa
D klausa
E perenggan
|
3.
|
Antara perkataan yang berikut, yang manakah tidak
mengandungi bunyi diftong
I Buah
II Automatik
III Aising
IV Senarai
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja
E II, III, dan IV sahaja
|
4.
|
Antara perkataan yang berikut, yang manakah
mempunyai konsonan pinjaman?
I Veto
II Akhbar
III Syampu
IV Hospital
|
5.
|
Yang manakah betul menunjukkan pemecahan
suku kata bagi perkataan ``mesyuarat''?
A KV + KV + KVK
B KV + KV + + V + KVK
C KVK + VV + KVK
D KV + KKV + KVK
E KVK + KVV + KVK
|
6.
|
Yang manakah antara senarai perkataan berikut
merupakan bentuk dasar?
A menang, rakan, kering, bersih
B menangis, merakamkan, seruling, diadili
C berkata-kata, memperbesar, tertanya-tanya
D bertani, bertapa, petapa, kemudi
E dimakan, mencurigai, tersurat
|
7.
|
Kajian mengenai sintaksis sesuatu bahasa
melibatkan pengkajian
I bentuk-bentuk ayat
II struktur ayat-ayat
III binaan ayat-ayat
IV makna perkataan
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja
E II, III dan IV sahaja
|
8.
|
Ayat manakah antara berikut mengandungi
akhiran -kan yang membawa maksud ``perbuatan memberi manfaat kepada orang
lain?''
I Encik Ali membelikan anaknya sebuah komputer
II Cikgu Atan menyerahkan laporan itu kepada
pengetua
III Akan saya doakan anda semua berjaya dalam
pelajaran.
IV Akar-akar kayu itu dicarikan oleh Tol man.
A I dan II sahaja
B I dan II sahaja
C I dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja
E II, III dan IV sahaja
|
9.
|
Kata ``cantik'' alah golongan kata adjektif.
Imbuhanbolehmenukar golongannya. Ynag manakah antara berikut menukar
golongannnya kepada golongan kata kerja?
I kecantikan
II mencantikkan
III mempercantik
IV tercantik
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja
E II, III dan IV sahaja
|
10.
|
Antara berikut, ayat manakah ``-nya' ' digunakan
sebagai kata pembenda?
I Tempat untuk pengajian diinstitusi pengajian
tinggi tempatan sesungguhnya tidak mencukupi
II Nampaknya usaha kerajaan memulihkan penagihan
dadah kurang memuaskan
III Malunya saya apabila dikatakan
tidakbertanggungjawab oleh guru
IV Pulangnya dia ke kampung diambut dengan
tangisan oleh ahli keluarganya.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D II dan III sahaja
E III dan IV sahaja
|
Subscribe to:
Posts (Atom)