PENGENALAN
Za'ba dalam
bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu
pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun
adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang
berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular
dalam masyarakat tersebut.
Sehingga hari
ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau
sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya
terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.
Bilangan baris
dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama
pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun
lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan
ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
Setiap pantun
mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap
rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap
berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi
pantun.
Antara ciri-ciri
lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang
rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang
terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:
Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa. |
Rima pantun yang
baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima,
pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata
untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
Melalui
bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk
menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan
cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni
atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.
KANDUNGAN PANTUN
MELAYU
Pembayang atau
sampiran
Pembayang
terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang
memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang
pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris
berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
Maksud atau isi
Maksud atau isi
terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada
bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam
pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya
mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang
baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
Suku kata
Tiap-tiap patah
perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris
pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang
baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi
yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun.
Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.
Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama
maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada
juga berima a,a,a,a.
Pantun di bawah
mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang
baik :
Ba/ik/
ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/. |
CIRI-CIRI PANTUN
YANG BAIK
Pantun yang baik
ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- mengandungi
4 kerat/baris
- jumlah
perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
- jumlah
suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
- ada
hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
- bunyi
rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
- bahasa
yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
- maksud
isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
Contoh Pantun Nasihat
Pantun Nasihat
Pergi ke sawah menanam padi,
Singgah di sungai menangkap ikan;
Hidup hendaklah bersendikan budi,
Sifat sombong jangan amalkan.
Contoh Pantun Teka-teki dan Jawapannya
Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
Jawapan: Mancis
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: Baju Hujan
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Jawapan: Buah Melaka
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: Bintang
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Jawapan: Kasut Bertali
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Jawapan: Ular Dan Katak
Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Jawapan: Lemang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
Jawapan: Mancis
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: Baju Hujan
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Jawapan: Buah Melaka
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: Bintang
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Jawapan: Kasut Bertali
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Jawapan: Ular Dan Katak
Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Jawapan: Lemang
Assalamualaikum, nanti tulis contoh pantun pula ya......
ReplyDeletebaiklah , terima kasih
ReplyDelete