Karangan
1
|
Sukatan pelajaran Bahasa Melayu STPM menyatakan
bahawa pelajar
perlu menulis karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan. |
||||
2
|
Empat tajuk akan dikemukakan dan calon-calon
perlu memilih satu
daripada empat tajuk. |
||||
3
|
Sukatan pelajaran memperuntukkan 50 markah untuk
karangan.
|
||||
4
|
Terdapat empat jenis karangan, iaitu:
i. rencana
ii. laporan
iii. ceramah/syarahan/ucapan/pidato
iv memorandum
|
||||
5
|
Karangan boleh dibahagikan kepada yang berformat
atau tidak berformat.
Sama ada ia berformat atau tidak, ia masih mempunyai struktur tertentu. Rumus yang paling umum untuk mencirikan karangan ialah, ia mempunyai pendahuluan, tubuh dan penutup. setiap bahagian itu mempunyai perenggan untuk menyatakan tiap-tiap unit pemikiran. |
||||
6.
|
Apakah yang perlu anda kuasai untuk
menghasilkansebuah karya yang baik?
Sebagai permulaan, anda perlu faham konsep wacana, laras dan retorik dengan baik, serta mempunyai asas tatabahasa yang mantap. |
||||
7.
|
Sepertimana yang dijelaskan dalam (5) perenggan
ialah ``satu kumpulan
gagasan (idea) yang didasari oleh satu gagasan utama (idea utama). perenggan merupakan satu unit fikiran yang lengkap. ''Ayat-ayat yang mengandungi idea utama dikenali sebagai ayat topik atau ayat judul. Ayat-ayat lain dalam sebuah perenggan dikenali sebagai ayat sokongan. Ayat-ayat ini berfungsi menghuraikan, menyokong dan memperteguh idea utama dalam ayat topik.
|
||||
8.
|
Struktur karangan 1-6-1
Sebagai sebuah wacana, karangan terdiri daripada
tiga bahagian iaitu pendahuluan tubuh karangan, dan penutup. Berasaskan
panjang karangan yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran, iaitu antara 650
hingga 700 patah perkataan, karangan anda sesuai menggunakan struktur 1-6-1,
iaitu satu perenggan untuk pendahuluan, enam perenggan untuk tubuh karangan,
dan satu perenggan penutup.
|
||||
9.
|
Teknik yang berkesan untuk menulis karangan di
peringkat tingkatan enam ialah menggunakan pendekatan penulisan akhbar, iaitu
prinsip Piramid terbalik, atau Piramid songsang.
|
||||
10
|
Perenggan pendahuluan mempunyai fungsi tarikan
yang penting, yang akan menentukan sama ada pembaca berminat untuk meneruskan
pembacaan atau tidak.
|
||||
11.
|
Perenggan pendahuluan mesti menggambarkan tajuk
karangan yang diberikan untuk anda buat. Ia merupakan gagasan idea yang
menjadi inti kepada keseluruhan tubuh karangan anda.
|
||||
12.
|
Perenggan penutup berbeza dengan perenggan lain
kerana ia berfungsi menyimpulkan buah fikiran dalam satu atau dua perenggan
sahaja.
|
||||
13.
|
Keutuhan karangan merujuk kepada kebulatan dan
kesepaduan karangan. Ia dicirikan oleh sifat-sifat kohesidan koheren. Kohesi merujuk kepada idea atau isi karangan yang dijalin dengan rapi. Koheren merujuk
kepada kesinambungan ayat-ayat atau perenggan-perenggan yang membawa
idea-idea yang dipersembahkan.
|
||||
14.
|
i. Diksi -
Pemilihan kata yang sesuai dengan tajuk serta laras karangan. Teknik
penggunaan medan kata adalah penting. Daripada medan kata itu, anda boleh
pula mencatatkan perkataan yang bersinonim, berantagonis dan sebagainya.
ii. Tatabahasa dan ejaan - berhati-hati
dengan tatabahasa kerana banyak markah akan ditolak jika berlaku banyak
kesalahan tatabahasa. Tunjukkan kematangan anda berbahasa dengan menggunakan
tatabahasa yang betul. Sebagai contoh: bezakan dari dan daripada, ialah dengan adalah, dan sebagainya
|
||||
15.
|
Persediaan mengarang mengandungi empat kemahiran
penting, iaitu:
i. memahami soalan
ii. mengumpul idea dengan tajuk
iii. membuat medan kata/beberapa kata kunci
iv. menyusun idea-idea dan membuat rangka
karangan
|
No comments:
Post a Comment