Ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
- Bahasa Melayu Kuno
- Bahasa Melayu Klasik dan
- Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara . Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga
abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya , sebagai lingua
franca dan bahasa pentadbiran . Penuturnya di Semenanjung , Kepulauan
Riau dan Sumatera .
Ia menjadi lingua
franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
- Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
- Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
- Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa
Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan
kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi
Sanskrit kerana:
- Pengaruh agama Hindu
- Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan
mempunyai hierarki yang tinggi.
- Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan
keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu
bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
- Batu bersurat di Kedukan Bukit,
Palembang (683 M)
- Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
- Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
- Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat
di Gandasuli,
Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
- Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
- Susunan ayat bersifat Melayu
- Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
- bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
- Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
- Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
- Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th,
ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
- Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa
Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh
agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami
banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang
penting:
a.
batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
- ditulis dalam huruf India
- mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
- bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b.
Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
- masih memakai abjad India
- buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti
kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu
bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
- ditulis dalam tulisan Jawi
- membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu
pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan
bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14,
muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan
kepada tiga zaman penting:
- Zaman kerajaan Melaka
- Zaman kerajaab Acheh
- Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting
ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan
Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
- ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
- banyak ayat pasif
- menggunakan bahasa istana
- kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),
sahaya, masyghul (bersedih)
- banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula,
alkisah, hatta, adapun.
- ayat songsang
- banyak menggunakan partikel "pun'' dan "lah''
Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan
Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa
Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British
merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
No comments:
Post a Comment